Jumaat, 13 September 2013

JoM SakSikaN RekOd TheO WalCoTt So FaR

Theo Walcott, boleh dikatakan antara pemain bola sepak terpantas dan walaupun terdapat rekod mengatakan ada pemain lain lebih pantas dari beliau antaranya seperti messi, ronaldo dan arjen robben....tetapi beliau boleh dikategorikan antara top 3 speedster football player........

No Speed, No Walcott

Selain kelajuan beliau, mari kita saksikan perbandingan statistik tentang Walcott dan pemain2 lain. Statistik ini merujuk dari umur mule debut game sehingga umur beliau sekarang 24 tahun >>>>>>>>

Wide Attacker Age on club debut Age now Goals to 24 Assists to 24 Combined Key Contributions






Theo Walcott 16 24 62 52 114
Ashley Young 18 27 27 30 57
Samir Nasri 17 26 26 39 43
Juan Mata 18 25 55 57 112
A Valencia 20 27 14 19 33
David Silva 19 27 39 48 87
Santi Cazorla 20 28 27 25 52
Nani 20 27 33 35 68
A Johnson 17 25 36 21 57
S Downing 17 28 21 40 61
A Lennon 16 26 21 53 74
J Milner 16 27 35 43 78
G Bale # 16 23 53 40 93

Ya....statistik di atas menunjukkan sumbangan goal dan assists Walcott sebagai perbandingan dengan player lain dalam liga EPL saat-saat umur mereka seperti Walcott sekarang......ada pueh hati?????? Walcott adalah yang Terbaik setakat ini jika dibandingkan pada umur 24 tahun, iaitu dikatakan satu umur permulaan kepada peak player, atau permulaan kepada kematangan dan prestasi terbaik........

Tidak cukup dengan liga EPL, kita bandingkan pula dengan antara pemain-pemain terbaik sekitar Eropah.....oh no, jauh ketinggalan berbanding Theo Walcott kita.....kecuali Arjen Robben yang mampu melihat Walcott yang jauh memecut ke hadapan.......

Wide Player Goals at 24 Assists at 24 Total key contributions




Pedro 58 18 76
Sanchez 51 38 89
Ribery 19 18 37
Robben 57 32 89

Apakah maksudnya semua ini?????

Inilah antara pemain Arsenal yang akan menjadi superstar player menjelang beberapa tahun akan datang untuk pasukan the Gunnerz......malah bakal menandingi beberapa pemain terbaik Eropah sekarang......nantikan prestasi Walcott yang kian memuncak..........

Season Walcott Arsenal Goals Walcott Arsenal Assists



2007/8 6 5
2008/9 5 3
2009/10 4 3
2010/11 13 11
2011/12 9 9
2012/13 21 15

Theo Walcott's All 21 Goals and 14 Assists for Arsenal in 2012/13

Sebagai penghargaan kepada speedster kita yang terus speed di hadapan player-player lain....kita saksikan the fastest goal record at EPL season 2012/2013.......



20 saat - Gol terpantas dalam EPL
20 Gol - kali pertama dijaringkan Walcott dalam satu season
200 kali kemunculan Walcott dalam EPL

the new Walcott is comeback......yeahhhhh!!!!!



Khamis, 12 September 2013

PerCuBaAn MemBurUkkAn RePuTaSi OziL, AnTaRa CeMbuRu DaN KeJuTaN

Kehangatan jiwa dan raga seluruh peminat dan pemain bola sepak masih belum reda berkenaan isu perpindahan Ozil dan Bale.......pertikaian demi pertikaian mengenai Bale ke Real Madrid......dan kecemburuan perpindahan Ozil ke Arsenal...........

Baru-baru ini, media Sepanyol telah mengeluarkan artikel berunsur fitnah mengenai punca sebenar ozil dijual oleh Real Madrid......
Papers in both Spain and Italy, El Mundo Deportivo and Corriere dello Sport, reported earlier in the week that Real Madrid sold Mesut Özil to Arsenal due to his “mad passion” for model Aida Yespica.
Namun, semua ni cuma Umpama menutup bangkai gajah yang besar, andai tak nampak sebesar tu, berbau kuat jugak......semua ini berpunca dari presiden real, Fiorentino Perez yang telah menjual jiwa fan Real madrid kerana Ozil merupakan antara player faveret mereka di mana semasa majlis memperkenalkan bale kepada peminat Real, terdapat peminat yang melaungkan.......

“Don’t sell Ozil!!!”

Makanya, ada antara newspaper kat sepanyol cuba menutup kelemahan Fiorentino Perez dengan merendah-rendahkan reputasi Ozil. Presiden Real tersebut jugak bertambah nyaris2 darah tinggi dengan komen-komen dari pemain real dan jugak beberapa individu lain......jom saksikan apakah reaksi mereka berkenaan Ozil....>>>>>>>>>>>>>>>>

“The sale of Ozil is bad news for me. He is the player who knows best my movements in front of goal. I am very unhappy about his sale.”-Cristiano Ronaldo

Terjemahan kepada bahasa Arsenal :
“Penjualan ozil ke Arsenal adalah berita buruk buat saya kerana selepas ini, Olivier Giroud akan menggantikan saya menyambut hantaran cantik Ozil. Saya sangat sedih.”



“It’s a shame,’ he said. ‘It’s a big loss to the dressing room, on a footballing level and on a personal level. There’s no player like him in the world. He makes the difference on the pitch.”-Isco

Terjemahan kepada bahasa Arsenal :
“Ianya memalukan. Takde pemain macam dia kat dunia ni. Saya belum sempat berguru dengan Sifu Ozil malah Cazorla plak free dapat belajar Teknik Rahsia Ozil. Ini tidak adil (Oopppsssss).”



“It is incomprehensible for me that Real Madrid would sell the player who assisted an unbelievable amount of goals in the last two or three years. Mesut is still not at his top level. I’m sure there is 15 to 20 per cent to get out of him and Mr Wenger will help him to do that.”-Joachim Loew

Terjemahan kepada bahasa Arsenal :
“Tak paham aku dengan real ni. Diluar pemahaman Bahasa Malaysia aku. Lagi 15-20% Ozil akan dapat markah 100%(A+) dalam ujian pemahaman BM dengan bantuan Prof Wenger. Aduaiiiii ”


“Ozil is unique, there is no copy of him, not even a bad one. He is the best No.10 in the world. He made things easier for me and his team-mates with his vision of the game and the decisions that he made. Everybody loves him and you can see a bit of Figo and Zidane in him.”-Mourinho
 
Terjemahan kepada bahasa Arsenal :
“Ozil sangat unik dan perancang terhebat no.10 di dunia. Tiada siapa boleh meniru dia sekalipun Messi dan apabila saya cuba menirunya, kelihatan buruk seperti Oppa Gangnam style.”



Walau apa pun dugaan dan fitnah yang melanda dirinya, doa kepada tuhan tetap tidak dilupakan....Dunia tetap dunia, tuhan dan akhirat jangan dilupakan......contoh pemain Muslim bertaraf dunia yang harus dicontohi pemain-pemain Malaysia........TERBAIK!!!!!!!

PeMaiN ArsENaL, PeRrLAwAnAn AnTaRaBanGsA dAn KecEdeRaAn - 10 September

Perlawanan antarabangsa kelayakan piala dunia yang berlaku sepanjang minggu ini sudah tentu melibatkan sejumlah pemain Arsenal......dan suatu kebanggaan buat Arsenal fan dan suatu kerisauan yang melampau apabila setiap kali menjelang International Duty ni.......hanya SATU iaitu kecederaan......ini kerana belum ada pemain Arsenal yang terlibat dengan perlawanan mewakili negara ini semuanya pulang tanpa kecederaan.......

Apapun jom ikuti beberapa perlawanan yang melibatkan pemain Arsenal pada 10 September lalu...... 

Jack Wilshere, Theo Walcott
Ukraine 0-0 England 

Per Mertersacker (1 goal), Mesut Ozil (1 goal)
Faroe Islands 0-3 Germany
           
Wojciech Szczesney , Lukasz Fabiansk
San Marino 1-5 Poland


Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Olivier  Giroud
Belarus 2-4 France, September 10

Tomas Rosicky
Italy 2-1 Czech Republic, September 10

Aaron Ramsey
Wales 3-0 Serbia, September 10

Santi Cazorla, Nacho Monreal
Spain 2-2 Chile

Yaya Sanogo
Belarus Under-21s 1-2 France Under-21s

Laporan kecederaan :

Theo Walcott - digantikan pada minit ke 86 selepas mengalami Limps Off semasa perlawanan kelayakan  England namun dijangkan beliau tidak mengalami kecederaan serius dan kemungkinan tinggi dapat bermain menentang Sunderland nanti.....

Tomas Rosicky - Seperti biasa, rosicky adalah player yang mudah injured terutamanya di awal musim pembukaan...dan kecederaan beliau adalah tidak asing lagi jika mewakili negaranya, Republik Czech.....namun, atas kekreatifan beliau menjelang sepatuh musim kedua membantu Arsenal kekal Top 4 lah yang menjadikan beliau pemain yang penting dan terus layak berada di Arsenal......

Yaya Sanogo - Pemain baru dan muda Arsenal, yang membantu Perancis bawah 20 memenangi World cup under 20 juga mengalami kecederaan sebelum perlawanan mewakili negaranya.....ini akan menambahkan lagi kekusutan kepala Mr.Wenger dalam memperkuatkan jentera serangan Arsenal.....

Penghargaan persembahan pemain Arsenal mewakili negara :

Ranking >>>>>>>>>


No.1 Mesut Ozil
MAN OF THE MATCH pasukan JERMAN
 90% Pass Accuracy, 6 Key Passes,more 40 passing
1 GOAL!!!!!!

No.2 Per mertersacker
One opening Goal, Clean Sheet

No.3 Aaron Ramsey 
Captain Wales 


 

Selasa, 10 September 2013

iMpiAn SebUaH tRoFi


Apakah rasanya apabila pasukan kesayangan aku mendakap sebuah piala (kecuali emirates cup laaaaaaa...)...buat fan seperti aku yang tidak pernah merasai manisnya kemenangan sebuah piala.....mungkinkah season ini team Arsenal akan merangkul sebuah piala.....


Aku adalah antara penyokong Arsenal era selepas Thierry Henry ataupun selepas Patrick Viera.....yang mana kali terakhir memenangi piala adalah pada 2005 iaitu Piala FA.....


Impian yang hampir pasti adalah di saat Arsenal melangkah masuk ke gelanggang final Carling Cup atau dikenali sebagai Mickey Mouse Cup oleh penyokong bola sepak di EPL pada tahun 2011......terbayang di mata dan ingatan sebab di atas kertas, Arsenal adalah juaranya.....walaupun ia hanya carling cup, tapi ni adalah sebuah penghargaan buat pemain-pemain muda Arsenal pada masa itu termasuk Jack Wilshere, yang pada season yang sama memenangi PFA young player award season 2010/2011....

Di saat ramai fan dan para pemerhati mengatakan Arsenal harus menang piala ni untuk menaikkan semangat dan konfiden dalam persaingan EPL.....dan piala-piala yang lain akan menyusul kemudian.........sebuah harapan yang menggunung di saat bermulanya wisel perlawanan.......

Hmm nyampah plak nak letak gambaq dua culprit ni......
Namun, semuanya mula menjadi tidak kena apabila van Percik (oppssss dah lupa dah nama dia ni...) yang menjaringkan satu gol untuk memberi jaringan 1-1 buat Arsenal mengalami kecederaan akibat power sangat menendang bola......team Arsenal pada masa itu terkenal dengan ball posessionnya melebihi 50% malah boleh menjangkau 70% -30% lawan mula tidak keruan seperti biasa penguasaan bola yang banyak masih tidak memberikan gol kemenangan......malah pemilihan pertahanan masa tu jugak adalah 50:50.....koscielny sebagai defender yang lebih baik atau djourou sebagai pemain yang berpenat lelah membawa Arsenal ke final.....
dan akhirnya, kegugupan pemain Arsenal di gelanggang final yang sudah mula melayang-layang membayangkan menjadi juara akhirnya memakan diri dek salah faham antara koscielny dan sczesney siapa yang mahu mengambil bola, yang kemudiannya dijaringkan oleh pemain birmingham.......

Lalu........................................


Musnah semusnah musnahnya sebuah harapan yang menggunung

...........................................................................................................................................................
......................                  ..........................                     .........................                     ......................

selepas beberapa siri kekecewaan.............perebutan piala 4th place.......................pemergian Arsenal key player................dan akhirnya..........................................


NEW SEASON 2013-2014......Arsenal kembali mengamuk dengan para Gunnersnya.........kehadiran Ozil, persembahan terbaik Walcott, cazorla dan barisan pertahan Arsenal, peningkatan mendadak Giroud dan Ramsey........proses kebangkitan Wilshere dan vermaelen.........serta pemain-pemain lain yang mula menunjukkan impovement demi improvement serta 'get rid the deadwood' atau clearance penghabisan stok lama Arsenal dengan pelepasan dan penjualan ramai pemain Arsenal yang kurang function.....................................................................................
dan persembahan terbaik setakat ini adalah rekod kecederaan yang sudah semakin berjaya dikikis dan dibuang sejauh-jauhnya................dan pemegang Manager paling berpengalaman sekarang adalah le Prof a.k.a ayah angkat gua, Mr. Arsene Wenger.................walaupun masih kelihatan sedikit 'thin' dalam pasukan Arsenal, tapi ini adalah barisan dan berkeadaan terbaik dalam 3 season ni............

Dalam kesamaran kegelapan, aku terlihat ada sinar kilauan di hujung terowong..........sinar yang semakin dekat...........kepinginan aku merasai kebanggaan memenangi piala semakin mendesak.............bolehkah aku turut serta pasukan Arsenal kali ni meraikan sebuah trofi seperti ini ......????????????



dan sebuah perasaan dihargai oleh pemain Arsenal begini????????


...........
.....................
................................

Walau apa pun keadaan, aku tetap seorang GUNNER..........kesabaran sebuah penantian yang memeritkan akan tetap aku tempuhi............semoga aku dapat merasai nikmat pasukan ARSENAL memenangi sebuah piala...................................

"MOGA IMPIAN SEBUAH TROFI..............TERMAKBUL...................."
-akuseoranggunnerz

Isnin, 9 September 2013

SeMaNgAt ArSeNaL DeNgAn KehAdiRaN BinTaNg BaRu OziL

DIP!! DUP!!!! DIP!!! DUP!!!! Perasaan ingin membuat blog ARSENAL sendiri semakin membuak selepas kehadiran Ozil dalam pasukan Arsenal...kadang-kadang kerana tidak banyak blog Arsenal dari Malaysia yang banyak update status post, oleh itu gua memberanikan diri untuk membuat blog sendiri sebab gua sendiri banyak follow blog-blog omputih kat luar sana mengenai setiap perkara yang berlaku pada Arsenal...lalu terciptalah blog aku seorang gunnerz....


Pembelian ozil telah membuktikan bahawa sekarang Arsenal dalam proses menjadi sebuah big team yang mula dikagumi pihak lawan...status Arsenal kini bukan lagi sebuah kelab pembuat dan penjual bintang tapi adalah sebuah kelab yang bakal mempunyai kehebatannya yang tersendiri...Ozil ke Arsenal jugak memberi signal kepada team-team yang lain bahawa Arsenal adalah pembeli player Star yang berlambak kat Real madrid...
"I can guarantee you every player who wants to join us, the first question is: “Do you play in the Champions League or not?” It is as simple as that. The players who want to come, or go somewhere or not, is decided on that. That is the first requirement of the top, top, top level players.’”-Arsene Wenger
Mesut is a top quality footballer who will be a fantastic addition to our talented squad. We are all looking forward to him joining up with us after his international matches with Germany and working with us as an Arsenal player.” -Arsene Wenger

jika sebelum ni Real madrid menjual pemain mereka kerana tidak menunjukkan prestasi sebaiknya atau pemain buangan mereka, tapi tidak buat Arsenal...kehadiran Bale membuatkan Real Madrid terpaksa memilih antara Di Maria atau Ozil, dan akhirnya salah satu bintang terbaiknya dijual kepada Arsenal....

ini bererti Arsenal buat sementara waktu adalah kelab pembeli bintang buatan Real Madrid......bangga tu beb....



Seimbas itu, mari kita lihat beberapa FAKTA MENARIK mengenai Ozil >>>>
  1. Beliau adalah Pembelian Termahal Arsenal berjumlah £42.4 juta selepas Andrey Arshavin iaitu sebanyak £15 juta dengan perjanjian sehingga tahun 2018....
  2. Perpindahan termahal pemain Jerman juga dimiliki oleh Mesut Ozil yang sebelum ini disandang oleh Mario Gotze dari Dortmund ke Bayern Munich sebanyak £35 juta......
  3. Ozil jugak memperoleh gaji pemain termahal dikalangan pemain Arsenal sebanyak £130,000 ribu seminggu mengatasi teman senegaranya Podolski, £107,000 ribu seminggu....
  4. Beliau adalah seorang pemain Muslim berdarah Kurdish Turki dan beliau akan membaca Al-Quran sebelum memulakan sesebuah perlawanan....bagi mendapatkan keberkatan bermain.....ini bermakna beliau jugak adalah persaingan kepada Abou Diaby yang terkenal dengan hafiznya.. "Özil recites the Quran before his matches and has said to Der Tagesspiegel,”I always do that before I go out (on the pitch). I pray and my teammates know that they cannot talk to me during this brief period."-Ozil.
  5. Sepanjang 3 season terakhir, Ozil dengan powernya telah mencipta 94 ASSISTS untuk kelab dan negaranya. Perbandingan kepada bekas top assists Arsenal, Fabregas untuk barcelona dan Spain hanyalah 49 assists......  Lionel Messi (80), Juan Mata (66), Franck Ribery (55) and Eden hazard (52)....ini bermakna dari sudut kekreatifan pemain, kita telah mendapat pemain yang lebih hebat daripada makhluk asing dari Mars iaitu Lioneliiiii Messssioooo (Opppssss nama aliennya....)
  6. Ozil juga telah membuat 85% completed pass yang melayakkan beliau untuk menyertai pasukan Arsenal yang mementingkan asas kepada Passing terutamanya bahagian midfielder.... 
Yang lagi MENARIK dari OZIL yang menjadikan pasukan ARSENAL selepas ini bertambah MENARIK
"Cantik, menarik, tertarik....kau memang Da Bomb....."-Ruffedge
Persembahkan video yang menarik dari player star, MESUT OZIL:


Nantikan kegerunan Arsenal yang makin menggerunkan dengan kemunculan sebuah makhluk gergasi dari Arsenal.....

GirOuD + oZIL + cazorLA

 

GODZILLA



Ahad, 8 September 2013

WaLLpaPeR - TriButE To ArsEnaL AsiA ToUr tO MaLaYSiA

Selamat sudah untuk post yang kedua...ni merupakan my adobe photoshop yang pertama yang dibuat sendiri tanpa sebarang rujukan...sebab nak jugak tribute untuk pasukan gunnerz nie,bukak ja adobe dan meneruskan ilham2 untuk pasukan kegemaranku ini.....


Tersiaplah sebuah new wallpaper Arsenal 2013 berlambangkan

ARSENAL + HARIMAU + NAGA 

maksudnya adalah HARIMAU = MALAYSIA dan NAGA = CHINA......tribute ni sempena TOUR ARSENAL FAR-EAST and of course Malaysia selama 2 tahun berturut-turut.......terasa sebuah kebanggaan di dalam hati......


Sekian,

ARSENAL YEAHHHHHH!!!!!!!!!!!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebarang mesej

Nama

E-mel *

Mesej *