Isnin, 1 Julai 2013

PeNGeNaLaN

Salam perkenalan buat sekalian PEMINAT-PEMINAT ARSENAL walau di mana pun anda berada...dari empunya blog, aku adalah peminat baru untuk team arsenal, nak kata baru tak la baru sangat...tapi season lepas dah mula serius sebagai peminat arsenal...boleh dikatakan 95% musim lepas telah saya ikuti dengan sebaik-baiknya...segala kemenangan, kekalahan, kesilapan dan ketidakadilan telah saya lalui bersama-sama team arsenal tercinta ini (kalau pasal patriotik, team MALAYSIA tetap NO.1)...kalau tak silap aku, kalau tak silap la, aku mula start jadi fan Arsenal ni masa tahun 2004, lama jugak tapi cam acuh tak acuh ja pun...cuma pada season 2010-2011, baru mula serius dan boleh kata 80% kenal pemain-pemain arsenal ni, mana lagi 20%???? hahaha...itu diorang punya birthday, tempat lahir, apa lagi entah yang seumpamanya tu....memang aku ingat tak ingat ja la...baik aku ingat birthday ahli keluarga aku lebih baik kan....


Haaa bila dah berkenalan ni, mesti la tanya kenapa jadi fan arsenal??? kenapa minat arsenal??? Ohh serius cakap, kalau tanya aku zaman-zaman Thiery Henry ka, Dennis Bergkamp ka...memang tak banyak yang aku tahu...tak terasa nak minat sangat la, sebab aku ni kira fan baru jugak la...Era Young Gunners walaupun ada jugak yang tak Young nya...tapi untuk sejarah sebelum tu, memang aku tumpang bangga jugak la, especially geng INVINCIBLES...masuk balik cerita tadi, aku ni kalau diikutkan bukan terer pun main bola sepak ni...tapi ada la suatu hari ni ada tayangan liga juara-juara kot kat tv...saja menggatal mata tengok bola...tengok punya tengok...macam berkenan pulak dengan team Arsenal ni...tapi cuit2 camtu ja...start 2008 dah mula perhatikan team Arsenal ni...lama-kelamaan makin terpesona dengan gaya permainan Arsenal...seriously, aku sangat tak tahan kalau tengok team lain main bola...baik dalam liga Malaysia, atau team big2 eropah...betapa jengkelnya hati aku melihat diorang main bola...tak puas, geram, sakit hati dan yang sama waktu dengannya...namun, berbeza senarionya dengan team Arsenal, yang terkenal dengan permainan cantiknya dan inilah sebab UTAMA mengapa saya menjadi peminat Arsenal.....seriously jugak nak cakap...paling terbaik kalau tengok time-time arsenal main style BEAUTIFUL WAY... fuhhh macam tengok awek cun la pulak... dia punya feelingggg....SMOOOTHHHHH ja rasa...boleh buat kita tersenyum ja tengok Arsenal main...kalau tak caya, tengok la sendiri...kalau masa aku tengok game Arsenal main, kalau time tu memang cantik Arsenal main...perkataan pertama yang keluar dari mulut aku.... "BEAUTIFUL....!!!!!!"

Allright!!!! cukuplah untuk sesi perkenalan kita yer...walau apapun, selamat ulangtahun yang ke-125 tahun penubuhan team Arsenal...dengan logo Arsenal yang baru semangat baru, diharapkan pada ulang tahun yang penuh bermakna ini, termasuk memori indah kehadiran mereka ke Malaysia...moga-moga team Arsenal akan dapat menjulang piala pada musim ni setelah 6 tahun ketandusan kejuaraan...bertemu lagi kita dalam post-post yang akan datang..

 ARSENAL YEAH!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebarang mesej

Nama

E-mel *

Mesej *